2023

2 years off from blogging. Many things happened in between. Alhamdulillah on whatever happened im still here breathing with a great husband by my side and amazing kids that is growing up becoming a great muslim.

After one another person left us day by day. Kite tak tahu bila pula waktu kite nanti. Just prepare ourself for the life after. Untuk yang sudah dipanggil menghadap ilahi, kalian sentiasa dalam ingatan ku. Al-fatihah.

2023 resolution?

To make use of 24hours given by Allah swt and share my memories with everyone. Insyallah will share on my facebook / instagram/ tiktok. Catch me around ok.

ACL Reconstruction

Finally im one of the ACL’s Allumni.

How does it happened?

Easy. Im a sport person that played few serious sports for long time. Its finally hit me on the day I was coaching a netball session. High jump with wrongly landed and twisted.

From that moment, when its confirm that its a complete tear on my ACL and minor meniscus tear on my left foot, i stopped all my sports and rest. But i did continue my coaching session at Absolute Wellness. Well life must goes on…

After waited for a perfect time to undergo the surgery, finally here today writing this post during my 25th day of post surgery.

Diagnosed: ACL complete tear, minor meniscus tear, minor patela tear

Hospital: Avisena Specialist Hospital

Orthopedics: Dr Ariff Sukimin

Date operation: 10/1/2023 (10am – 12pm)

Ward: Sakura Suite

Will post new story on the experience. Stay tune

Iphone 14pro

Ive been a loyal to my iphone8+ for 5 years. Sampai kembung bateri phone nya aku buat. Sebolehnya tak nak ganti another iphone sebab its so damn expensive.

Asim rimas and kesian kot melihat keadaan ku, maka he bought me ip15pro (purple) as a birthday + anniversary gift.

But wait, Asim said he wanted to get me the iwatch as well but macam tak de pun ..

Anyway, due to high demand of that model, and since we were in Kangar that time, we manage to grab 1 unit! Alhamdulillah. Im a happy wife tho. Thanks my dear husband. Janji ill creat all good memories and duit ok 😂.

Less productive

Just had my morning noon shower. Its 1pm time tho now. Woke up early for sahur, mengaji session with ngaji sisturs and contiue chatting about some serious topics which includes HIV and sex. Interesting! Had Chiin to explained about it in detail because Im the paranoid type of mom with 2 boys who wants to know everything in details. Its disgusting to know that alot of HIV patients are malay. Sad lah!.

Ya Allah, jauhkan lah anak-anak ku dan keturunan ku dari perkara yang dilaknati ini. Dorong la aku untuk sentiasa mendidik mereka tentang agama Mu dengan cara yang paling mulia.

After that I spend the rest of the morning sitting on my bed enjoying the moment alone while the 3 kids are still in their lala land. Jet lagged ke apa anak-anak ui tak bangun-bangun lagi! I got few things that crossed my mind which are:

  1. How blessed I am to have my life back
    1. There is no way bahtera perkahwinan sentiasa tenang dan happy sahaja like we saw in Disney movies. Menipu sangat tau! Almost 13 years, I have to admit its such a wonderful journey. As for now after what me and A’sim went through for the past few years, after all the sabar and syukur, alhamdulillah frankly we are way more happier now. Syukur. Every words that we said, the eyes that locked between us, the touches, everything seems to be total pure and genuine. Ikhlas sangat semua. trouble free and worried free. Its like we are falling in love again. As getting matured (especially me), we love to have a deep serious conversation about anything on this planet. I do think so that our dua’s and prayers while we performed Hajj in 2019, Allah makbulkan. Sabar & Syukur..
  2. How grateful I am to be tested with my surrounding
    • I lost trust, lost few friends, lost respect from the family members and few other things. But that does not sink me down. It makes me realized that i can be a better person day by day by putting aside my ego and depressed. Allah always have a better plan for me. I trust only that!
  3. Macam mana nak kurus kembali?
    • Again!, never in a history of my life my body fats % show that ugly figures. Ah! depressing nya. I blame MCO for this failure. Its is so tiring to start all over again. Come on Hana!, make it happen. Lets do this again and again. Burpp… oppss.. kenyang makan keropok jajan while blogging.. ;P
  4. Who should attend to which music classes.
    • Since it is MCO STILL, the boys were asking me to attend a musci class. But who goes to which class? Piano, guitar, violin. Tak kan nak semua main piano kot. Haha.. Well in return I demand for Ar-Rahman within 2 weeks time. Ingat semua benda dapat free?
  5. Lambat nya nak maghrib
    • My 3rd day of puasa sunat 6. Eh lambat nya waktu berbuka hari ni!. Or is it because until at this moment I havent did any productive thing yet? Hahah. Ok ok Hana, lets go masak lah for berbuka.

Hidayah itu milik Allah

‘Ya Allah, Kau berikan lah aku peluang untuk menjadi seorang sahabat yang berguna untuk kawan-kawan ku. Apa pun yang Kau gerak kan untuk aku lakukan, jadikanlah ianya perbuatan yang paling ikhlas pernah aku lakukan. Semuanya demi Mu Ya Rahman’ -#hanahajj1440-

#hanahajj1440

Itu lah antara permintaan ku ketika sedang bermasyair. Waktu tu aku banyak doa untuk kebaikan diri dan bersama. Kekuatan ku selain Mak Ayah dan Suami adalah orang keliling ku. Tanpa mereka, siapalah aku. Yang menghancurkan, aku tinggalkan. Yang sedang menunjuk true colors aku layankan. Mana Allah pilih untuk menjadi sahabat dunia akhirat aku, yang itu aku santunkan.

Bertahun aku impikan ada gang mengaji. Ada yang datang ada yang pergi. Bersilih ganti. Tiada yang kekal dan consistent. Tak mengapa kerana masing-masing punya agenda tersendiri. Tak ku sangka, idea yang ku lontarkan pada Onie untuk mengaji bersama dan ajak insan2 lain pada hari berikut merupakan satu titik manis dalam setiap jiwa kami.

‘Assalam sisters. Nampaknya PKP ni berlanjutan. Hana plan macam nak ajak kita tadarus sesame and khatam sekali. Kita buat setiap hari1 orang baca 2 muka. Kita sama-sama betulkan bacaan mana yang salah. Waktu dia kita buat every morning. Siapa kena kerja dia mengaji dulu. Kalua setuju kita create group NGAJI ZOOM. Nak ajak kekawan lain boleh cuma syarat kena commit lah setiap pagi melainkan period. Bila tadarus bersama means khatam pun bersama nanti.’ 7/4/2020

Pada mulanya ada yang baca seperti aerotrain bedesup laju. Sampai naik juling kami nak follow. Ada yang seakan mengeja. Satu muka lama kemain nak settle nya seorang. Hahaha. Sangat lucu. Di pertengahan yang laju mula baca dengan tartil yang betul dan yang perlahan mula speed up. Dari hari ke hari ku perhatikan masing-maisng. Struggle is real. Bermula Ramadhan kami sepakat nak mengaji sesudah Subuh. Bunyi mustahil bukan? Tapi mereka jadikan ia sebagai cabaran yang perlu disahut. Yang mengantuk pun iye, yang syahid pun iye, yang mamai pun iye. Paling win sambil yang lain sedang mengaji, dia pergi kerja terusan on zoom dan mendengar lain mengaji hinggalah mereka sampai ke pejabat masing-masing. Sampai di pejabat terus buka Al-Quran dan sambung tadarus. Siap ada yang bagitau pada staff nya ‘sekejap ye. Saya menganji’. Allahuakbar! Kau tengok Hana! Betapa bersungguh nya mereka! Terasa hati bagai dijentik sekuat-kuatnya sangat bila terkenang moment kegigihan memasing.

From there I made a conclusion, nak tanak aje kau nak mengaji ni. Alasan sentiasa ada. Overcome alasan itu.

Di kalangan kami ada yang memang lancar dan tahu tentang hukum. Tapi tiada antara kami yang selevel guru. Kami kongsi ilmu bersama. Kami rujuk guru kami masing-masing jika ada kekeliruan. Sama-sama tegur, belajar, gelak dan nangis. Kenapa Subuh? Permulaan harian dimulakan dengan bacaan Al-Quran sesungguhnya perasaan tenang itu terbawa hingga ke malam hari. Alhamdulillah. Group kami ni kuat nangis. Faham sebab masing-masing emosi Ketika membaca Al-Quran, ada yang kata ayat yang di baca tu sampai ke jiwa mereka walau tak faham maksudnya. Maybe sebab yang membaca tu mendayu dayu atau high pitch kot. Haha..

Sesi luahan perasaan adalah moment yang masing-masing mengeluarkan isi hati. Ikhlas sangat apa yang di sampaikan. Apa yang dikongsikan biarlah itu menjadi rahsia kami. Air mata yang jatuh atas sebab baca Al-Quran, itu lah permata yang kita tidak nampak dengan mata kasar kita. Menangislah kalian tika waktu mendalami Al-Quran.

Secara jujur aku bangga dengan mereka. Mereka jauh lebih hebat dari aku yang penuh dosa ini. Aku yakin, merekalah sahabat yang ku akan ketemu semula di syurga nanti. Pengharapan ku , Allah terus tiupkan rasa semangat dalam jiwa dan hati mereka ini untuk terus belajar Al-Quran. Bila aku mati nanti, aku harap kalian teruskan aktiviti ini.

Wahai kalian,

29 Ramadhan. Jumaat terakhir di malam terakhir Ramadhan. Tahniah untuk sayangku. Tahniah sayang2ku. Memang u gais subuhfughters. Moga dengan majlis khatam tadi, terbuka lah hati seluas-luasnya dan perasaan memuncak-muncak memasing untuk terusan belajar Al-Quran.

Jangan pernah bosan. Jangan pernah angkuh. Jangan pernah segan.

Musyaf itu sentiasa ada. Nak tanak je kita belek dia. I wish you girls all the best. Terima kasih sudi terima pelawaan ku. Sememangnya kalian akan sentiasa dalam doaku insyallah. Kita bukan ulama tapi kita umat islam. Sama-sama kita sebarkan dan ajak kekawan lain pulang mencari Al-Quran Kembali. Salam 30 Ramadhan ladies. Moga Allah makbulkan setiap permintaan kalian. Mengaji sampai mati..

Syukur alhamdulillah. Kini kami semua sudah selesai khatam bersama. Aku bersyukur. Allah makbulkan permintaan ku. Mungkin ini yang diberi. Akan ku jaga persahabatan ini demi Mu. Lindungi mereka dan keluarga mereka. Terangkan hati mereka. Lembutkan lidah mereka. Syukran Ya Allah..

Aku hanya seorang perndosa yang mengimpikan syurga Mu Ya Allah. Ikhlaskan hati ku ini seikhlasnya.

Haji trip 2019

Assalamualaikum,

I would like to take this opportunity to express my gratitude of syukur towards Allah as He has chosen me and husband to perform our Haji together. I never thought I might me there and experienced it by myslef.

I do learned alot form the trip. Allah gave me chances over chances. He gave me courage. He gave me ways to make things easy. Im thankful. Its my 4th panggilan by Tabung Haji. Before we flew, there are so much thing happens. One of it I was warded twice at HDU Avisena Hospital due to low blood pressure and dengue. Full of drama with the kids.

‘Aku berserah pada Mu sahaja Ya Allah’

Me emotion was stable through out the days before we took off. The moment our bus left the Tabung Haji building, i cried. Tears of happiness and already missing my kids.

‘Lindungilah mereka Ya Allah as I am now on my way to full fill your invitation. I left my love and hearts back home for You’

Every single things happened from day one, left me a big piece of memories in my life. I don’t know how to express through words. It was just so amazing! I do share my daily activities on my instagram. Do check out the hashtag #hanahajj1440.

Towards masyair moment..

Old room

I just realize its nearly 1 year i haven’t write anything. Well almost few days to 2019 tho. Hahaha. There are few things I would like to share on what happened in 2018. Main topic will be back to my old room.

Yup! I’m back to my parents house. Wait! WE are back to my parents house. A’sim made this decision smoothly WITHOUT my single cent of thought. I do not know how difficult he took to make this decision but well here we are back in my parents house.

The main reason for sure is to accompanying my parents everyday here. I don’t mind stepping in again as long as A’sim is comfortable. We just packed our clothes and important documents and bring it over. Kids have their own room sharing 3 of them and I’m back in my teenage room which bring me back a lot of memory.

Question: what happened to your house?

Well we did not sell it because its my first house. The plan is that the house will be on Air B&b and its open for those who wanted to rent for event or what so not. That WAS the plan. But being me, the kedekut one, im a bit sayang to do it because the house is so sentimental value for me. I lived there raise 3 kids for 10 years. A house the taught me to be mature, a mother, a wife and a good cook also a good housekeeper. Hahaha. Allah has a better plan. Ill follow the flow and see where things end.

I can see in few years time we will still be here in my parents house. For how long? Only Allah knows. Like i said, just follow the flow.

No nagging no complaining. Seeing everyone smiling makes my life complete. I’m not a perfect daughter nor a perfect wife. Maybe I’m here so that Mak can help me be a perfect mother as well tho.

We sacrificed our privacy for their happiness.. with this i cant thank my husband enough for making this decision.. Syurga untuk mu suami..

Chokodok

Kita panggil chokodok depa panggil chok bilis. Kita panggil cucur pisang depa panggil chokodok. Sis pening! Haha. Macam macam bercanggahnya bahasa orang utara dengan bahasa ibunda saya sendiri. 


I made cucur udang a.k.a chok udang for breakfast. With additional of cheese in it. Will share the recipi campak2 buang.

Setiap kali masak chokodok ni sure akan teringat al kisah mula mula menikah 10 years back. Masa tu kami dah pindah ke rumah sendiri dan family inlaw sekumpulan rombongan mai untuk reception terakhir. Kira penutup lah. 7 kali bersanding hoi! Meriah orang kata. Allah.. rezeki.. alhamdulillah.

Ok so bila baru benikah baru la nak kenal keluarga suami yg besaq tu. Bayangkan jam 4 pagi kita baik punya mimpi sekali suami kejut kata ‘abah semua sampai dah’. Empat pagi! Yes! 4am wei! Tempat tidur semua siap kami sediakan sebelum tidur. Ingat masuk umah diorg terus wash up and dozz off. 

‘B, buat kopi and makan sikit. Depa lapaq kot’

Empat pagi mintak kopi?? Empat pagi! Kite ni memang bukan jenis masuk dapur and jujur kopi tak pernah la buat. Maka tiada la serbuk kopi di rumah. Yang ada teh o. Ok on teh o panas. Rumah baru masuk barang dapur tak beli. Apa ada aje kita buat. 

Dengan muka tak serupa pengantin tu, zasss chokodok ku hidang kan. Bermula la kelas bahasa chokodok vs chok bilis. Di ajak sembang pula.. hati bedebar sangat sebab first time jamu keluarga in law ni. 

Ngap… mata ku tenung rapat ke mulut dan mata abah (FIL). Oh yes, he is a great cook. Good luck menantu!

‘Ni tak lembut ni. Ayaq tak cukup. Patut kena buat camni camtu lalala…’

Masa tu rasa nak nyorok bawah meja je bila di beri komen zassss depan semua org. Tapi depa sempoi. Aunties uncles lain ‘penat tu. Makan ja lah. Banyak plak komplen!’. Hahahaa

Well i improve time to time. Bukan chokodok means my cooking. Bukan la org dapur sangat tapi janji ingin tu ada. Sis cuba ok. 

Ni resipi cucur udang campak siap:

Bahan2:

  • Udang sukahati bape banyak (buang taik, kulit, potong 3)
  • Daun bawang / ketumbar
  • Bawang merah
  • Garam / perasa
  • Cheese (sukahati)
  • Tepung gangdum
  • Cili (optional)

Cara campak siap:

  • Gaul semua bahan
  • Goreng dalam minyak sederhana