Jelajah jerantut

Weekend bebaru ni kami kembali ke Kg. Kuala Sat dan Kg. Mat Daling Pahang untuk sesi Sahur dan iftar bersama. Ini visit ke tiga kami. Visit pertama ketika kawasan pantai timur dilanda banjir dasyat. Kali ni hanya aku seorang perempuan dan A’mmar ‘Aafi join sama.

Jalan dah cantik walaupun tak sepenuhnya. Kehadiran di sambut Baik with open arms.

Tak sangka hampir kesemua Mereka Masih ingat lagi pada kami. Siapa sangka… Kami orang biasa sahaja yang menjadi postmen sahabat sahabat yang menghulurkan bantuan mangsa banjir pada Mereka satu ketika dahulu.

Bertolak dari Shah Alam selepas Zohor dan sampai Bandar Jerantut time Iftar. Rehat relax Minum kopi dan teruskan perjalanan ke Kg. Mat Daling. 330am tiba di rumah Pak Wan. Di sediakan juadah Sahur awesome! Kancil lemak tempoyak!!. Oh sedap shut up please. Pak Wan ada challet. Maka selepas solat subuh kami rehat sampai tengahari. Bangun aje pak wan dah siapkan ikan Kelah pekasam untuk bekalkan kami bawa pulang. Yahoo! Asar di kg. Kuala Sat. Rindu terubat Bila Jumpa Mak ngah dan Mak uda. Senyum lebo depe…. Sementara tunggu berbuka kami Mandi sungai. Nikmat Nya!!!!. Sungai yang dulunya dalam berkaki Kaki akibat banjir, hari Ini separas buku lali aje.

Lauk di masak untuk juadah Sahur dan iftar bagai Kenduri. Seronoknya.

Konsep: potluck – ikut group masaknya – lauk sukahati.

Gulai tempoyak patin – siput sedut masak lemak – sambal asam ikan – siput asam Rom – kancil lemak tempoyak and many more.

A’mmar dan ‘Aafi seronok bermain dengan anak anak di situ. Bagaikan teruja tengok gelagat masing-masing.

Ahad selepas isyak kami pulang. Berat nak tinggalkan Mereka. Tak tau Bila lagi dapat Jumpa. Lepas solat salaman dengan all the jemaah. Menangis Mereka. Menangis Teruk lagi aku. Mak ude merangkap Mak angkat ku packingkan makanan untuk Sahur. Sekali air!.complete.

Keadaan kampung selepas banjir besar:
Kembali hidup secara normal.
Rumah ganti bantuan kerajaan kelihatan dibina cantik dan tinggi one by one.
Ada juga bina pondok kecil sementara nak tunggu rumah bantuan Siap.
Tanaman benih hanyut rezeki org kampung.
Dah lama tak hujan.
Tak ada yang duduk dalam khemah lagi.
Aman damai bahagia dan sentiasa besyukur.

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Jumpa lagi next trip orang kampung.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s