Kehilangan Negara

12/2/2015 bersamaan hari Khamis, disebelah pagi negara dikejutkan dengan kehilangan seorang ikon sukan serta suara emas Datuk Haji Hasbullah Awang yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur. Aku dibesarkan dengan mendengar suara beliau yang sentiasa menjadi pengulas sukan yang amat energetic dari awal perlawan hingga habis. Kalau mendengar ulasan sukan dalam kereta, aku boleh imagine macam mana keadaan di tengah padang itu. Tak pernah jumpa personally. Hanya kedengaran suara nya di corong radio dan melihat dia di kaca tv. Moga tenang lah mu di sana. Al-fatihah…

10978518_10155234145665711_1480443173278318045_n Di sebelah malam pula timeline. whatsapp, facebook dibanjiri dengan info tentang satu lagi kehilangan negara. Beliau adalah Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat. Seorang ahli agama dan merupakan mantan Menteri Besar Kelantan. Satu satu nya ahli politik yang berpegang kepada landasan agama dalam setiap tindak tanduk keputusan yang dibuat oleh beliau. Aku hanya orang biasa, Tidak setanding arwah yang jauh lebih hebat di mata Allah. Wallahualam. Kehidupan nya sepanjang hayat amatlah mudah dan dalam masa yang sama dihimpit dengan pelbagai kata kata buruk yang kononya beliau seorang yang nyanyuk ataupun kolot. Pemergian arwah membuka mataku bahawa being someone that hold on very much on the beliefs will end up to a person that people will remember and missed the most. Begitu ramai manusia yang solat jenazah dan mengiringi beliau hingga ke liang lahat.

Bila tanya diri sendiri, macam mana aku nanti? Siapa nak teman aku bila malam pertama? Ya Allah.. Untungnya..

10484933_10152946447403382_8580121373294512788_n10959378_10203594170922058_2400760134810365822_n Yang lagi indah, kedua-dua mereka dijemput oleh Allah pada hari Khamis malam Jumaat. Ada hadis juga mengatakan malam malam lain juga ada keistimewaan nya. Tapi Khamis malam Jumaat ini dikatakan jauh lebih indah. Wallahualam. Al-fatihah untuk mereka berdua, Moga dipermudahkan segalanya,

Arwah Kak Zana pun malam pertamanya adalah pada hari Khamis malam Jumaat. I miss you..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s