Masjid Negeri Shah Alam

‘Luruskan saf… Rapat rapatkan tumit… Rapat rapatkan bahu..Matikan telefon tuan puan.. Allahuakbar…’

Famous ayat ni setiap kali solat di Masjid Negeri Shah Alam. Masjid lain tak pasti la sebab selalu di Shah Alam aje pun. Rata rata imam akan ingatkan semua makmum perkara yang sama berulang kali.

Unfortunately masih ada lagi makmum yang ketegaq. Masih lagi saf punyai ruang antara makmum. Secara logik nya mahukan space lah supaya bila rakaat akhir tak ada la istilah terduduk atas Kaki jemaah sebelah.

Salah!.
Apa imam imam selalu pesan tu betul. Tak cukup imam, sekarang kan ramai suka share post dalam Facebook gambar syaitan di antara ruang yang diluaskan tu. Apesal lah tak nak follow?

Aku bukan lah ustazah pun. Tapi dari hari ke hari kita kena belajar dan perbetulkan solat kita. Simple je kaedahnya.. rapat and lurus. So solat pun khusyuk hendaknya. Kalau solat di Mekah Madinah, memang pak Mak Arab tu semua tak bagi chance la makmum nak ada space antara satu sama lain. Memang sendat padat la line saf tu.

Kalau solat di rumah jika solanya 4 orang satu saf, tak payah la sampai 4 helai sejadah. Rapat rapat akhirnya 3 helai je gunanya. Ni tak, dia pun nak jadi imam Kat belakang. ‘Sejadah Ini Ana yang punya…’
image
Hal telefon ni satu issue juga. Matikan or silentkan phone bila nak solat. Punya lah susah nak khusyuk, tetiba berasa dapat plak khusyuk tu. Dan dan time tu la lagu Fast n Furious sebagai ringtone berbunyi. Dah terus teringat pada Paul Walker yang dah mati tu. Potong!.

Masjid negeri kali ni punya Ramadhan banyak penambahan baiknya. Ini amat memberi kemudahahan kepada semua.

1) kids corner... Parents can put their kids at the room (according to age group), and solat dengan tenangnya. Anak pun happy dapat Jumpa gang surau depa. Habis terawih fetch anak dengan happy semuanya. So please yang Masih bawa anak anak di ruang solat, mohon bebeno anto anak kalian di kids corner Kat bawah.

2) buggy service... Ini sempoi. Park lah jauh mana pun sat lagi ada orang bagi Salam dan berkata ‘jom saya hantar ke depan’.

3) escalator baru... Ni bebiasa la untuk aku. Sebab aku jarang guna entrance tu pun. Tapi sesuai utk acik acik yang lenguh nak memanjat tangga tu.

4) makanan free.. bukan sahaja untuk berbuka. Malah untuk moreh dan SAHUR. Yes Sahur. So sesiapa x sempat masak tu Boleh la ke MSSAAS untuk menikmati hidangan Sahur. Lepas tu subuh berjemaah teruih.

5) Qiamulai di awalkan… Biasa mula Malam 10. Ini tahun depa awal kan ke Malam 15.

Tahniah Ustaz Muhammad Farhan Wijaya and team MSSAAS. Kalian membuatkan lebih ramai akan menerangi Malam Malam Ramadhan Ini. Kipidap!.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s