Trans Krabi Day 4

Dikejutkan dengan irama ombak.

Kedengaran anak anak gelak tawa diluar.
Angin tiup kuat. Ombak 4 beradik kelihatan bersatu.
Nikmatnya..

20140916_072556 10690025_10204702667424383_229274128221308156_n

 

Dengan baju tidur, sarung cardigan labuh dan pakai shawl biru, berdiri aku di tepi pantai.

Selfie segala gaya dan angels yang boleh untuk elak nampak gemok. Tapi tak mampu sebab memang gemok!. Pedulik lah. Aku tengah bercuti. Aku bukan supermodel. Model berus jamban biasa pun tak laku.

Bila bergambar dengan angin kuat, cardigan labuh, shawl panjang sudah semestinya effectnya cun. Kalau la aku kurus. Pasti gambar tu bertambah cun. Haihlah badan. Tak apa lah. Janji sihat. Alhamdulillah.

Breakfast siap dijamu direct di balcony bilik. Memang heaven!. Anak anak suka sebab breakfast kegemaran diorg. Omelette, fried egg, toast cheese, fruits, juice, coffee, tea.

DCIM107GOPRO

 

Nama resort: Baan Pakgasri Resort.
Lokasi: Pantai Khlong Nin
Harga: rm97 (agoda.com) include breakfast.

Hujan selebat alam. Angin kuat gila!. Masuk bilik siapkan anak anak. Jam 11 nak check out. Just nice diorg siap hujan stop. Bag packing siap. Kami semua pakai tshirt convoy. Disebabkan angin kuat dan aku suka effect angin, aku pakai fish tail skirt yg aku sengetkan ketepi biar nampak creative la kiranya WALAUPUN pungkoq kelihatan lebaq.

‘Aaahh akhirnya matahari’
Hari nak bertolak balik baru dia keluar seterang terangnya!.
Tak apa. Ada hikmah.

Group photo is a must.

Perjalanan dimulakan dengan pitstop di Elephant Sanctuary sebelum menghala ke jetty untuk keluar dari Koh Lanta Yai. Just a short elephant ride yang semua kami dapat rasa and the kids definitely enjoyed it.

Macam la dekat Malaysia tak ada elephant ride‘. Ada memang ada. Di Kuala Gandah siap boleh mandi dengan gajahnya. Cumanya boleh ke berkumpul reramai macam gini untuk elephant ride sahaja? Tak mungin akan berlaku atau payah akan berlaku.

 

Goodbye Koh Lanta Yai. Menaiki ferry 5 minit ke Koh Lanta Noi. Dan ferry 20 minit ke main land. Kalau dapat semalam lagi sure lagi best. Cantik tempatnya. More less macam Koh Sa Moi. Will definitely come again. Relaxing-cheap-peaceful.

Radio walkie talkie objek yang membantu hilangkan mengantuk driver. Mula lah masing masing hentam menghentam dan buka cerita lama masing2. Ada few parts tu only they understand what they are talking about. Asim, Khong, Bree, Deeno, Tok gajah have been friends since 1997 when they were introduced to one another at Uitm. Persahabatan kekal hingga ke hari ini.

Perjalanan mental koyak driver bergerak sacara convoy berakhir di Bukit Kayu Hitam. Pasti merindui. Pasti ternanti nanti next trip. Persahabatan yang tiada hujungnya. Inilah dia mereka. Always be there with one another.

 

‘Convoy KL Krabi berakhir disini. Terima kasih semua’

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s