Chokodok

Kita panggil chokodok depa panggil chok bilis. Kita panggil cucur pisang depa panggil chokodok. Sis pening! Haha. Macam macam bercanggahnya bahasa orang utara dengan bahasa ibunda saya sendiri. 


I made cucur udang a.k.a chok udang for breakfast. With additional of cheese in it. Will share the recipi campak2 buang.

Setiap kali masak chokodok ni sure akan teringat al kisah mula mula menikah 10 years back. Masa tu kami dah pindah ke rumah sendiri dan family inlaw sekumpulan rombongan mai untuk reception terakhir. Kira penutup lah. 7 kali bersanding hoi! Meriah orang kata. Allah.. rezeki.. alhamdulillah.

Ok so bila baru benikah baru la nak kenal keluarga suami yg besaq tu. Bayangkan jam 4 pagi kita baik punya mimpi sekali suami kejut kata ‘abah semua sampai dah’. Empat pagi! Yes! 4am wei! Tempat tidur semua siap kami sediakan sebelum tidur. Ingat masuk umah diorg terus wash up and dozz off. 

‘B, buat kopi and makan sikit. Depa lapaq kot’

Empat pagi mintak kopi?? Empat pagi! Kite ni memang bukan jenis masuk dapur and jujur kopi tak pernah la buat. Maka tiada la serbuk kopi di rumah. Yang ada teh o. Ok on teh o panas. Rumah baru masuk barang dapur tak beli. Apa ada aje kita buat. 

Dengan muka tak serupa pengantin tu, zasss chokodok ku hidang kan. Bermula la kelas bahasa chokodok vs chok bilis. Di ajak sembang pula.. hati bedebar sangat sebab first time jamu keluarga in law ni. 

Ngap… mata ku tenung rapat ke mulut dan mata abah (FIL). Oh yes, he is a great cook. Good luck menantu!

‘Ni tak lembut ni. Ayaq tak cukup. Patut kena buat camni camtu lalala…’

Masa tu rasa nak nyorok bawah meja je bila di beri komen zassss depan semua org. Tapi depa sempoi. Aunties uncles lain ‘penat tu. Makan ja lah. Banyak plak komplen!’. Hahahaa

Well i improve time to time. Bukan chokodok means my cooking. Bukan la org dapur sangat tapi janji ingin tu ada. Sis cuba ok. 

Ni resipi cucur udang campak siap:

Bahan2:

  • Udang sukahati bape banyak (buang taik, kulit, potong 3)
  • Daun bawang / ketumbar
  • Bawang merah
  • Garam / perasa
  • Cheese (sukahati)
  • Tepung gangdum
  • Cili (optional)

Cara campak siap:

  • Gaul semua bahan
  • Goreng dalam minyak sederhana
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s