Ramadhan ku 2014

Ramadhan dipenghujung, Syawal menjelma. Sayu buat Ramadhan dan tidak sabar menanti Syawal.
Layak kah seseorang itu untuk Syawal sedangkan Ramadhan nya hanya berlapar dan dahaga? Ibadah solat dan mengaji semua entah kemana. Wallahualam. Itu antara mereka dengan Allah.
Ramadhan kali ini seronok kerana dapat berbuka, bertarawih dan bersahur bersama suami sepanjang bulan. Ada hikmah A jadi student. Seronok juga kerana diet kami lain dari tahun tahun sebelum. Kami berbuka tanpa makanan berat seperti nasi. Hanya kurma dan Sensualite atau makanan ringan. Bersahur meriah bagaikan orang lain berbuka. Ramadhan kali ini pecah record kami tidak berbuka di hotel. Jimat..
Seperti tahun tahun sebelum, raya pertama memang di Kedah. Saya isteri. Ikut sahaja mana syurga saya nak pergi. Tahun ni kami balik 4hari awal dari Syawal. Alhamdulillah berkesempatan untuk buat persiapan raya dan paling utama tidak perlu tempuh traffic jam berjam-jam. Raya ke-3 insyalah pulang ke pangkuan mak ayah ku.
Dalam sakan kita nak beraya, sedih saya terkenangkan mereka di bumi Palestin. Allahuakbar. Kuat sungguh mereka diuji. Sayu juga hati mengenangkan MH17 yang ditembak jatuh dan mH370 yang hingga ke saat ini tiada berita. Kuatnya Allah uji kaum keluarga mereka.
Sayangilah pasangan, anak2, keluarga, orang keliling selagi bernafas. Dont take lifes for granted. Dan berterusanlah beribadat untuk kehidupan selepas mati.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Xoxo,
Hana

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s