Selamat berehat wahai kakak ku Srizana Safar.

Al-Fatihah…

Pemergian mu satu kehilangan yang amat besar untuk diri ku. Thank you for the friendship and sisterhood sepanjang perkenalan kita. Allah lebih menyayangi mu.

Mengimbau kembali kali pertama kami dikenalkan adalah di Bukit Fraser. Tika itu Kak Zana masih dalam proses mengenal hati budi cikgu. Cantik sangat. Kalau nak dibandingkan dengan diri ini yang amat selekeh sebab masih budak sekolah. Hubungan makin rapat apabila Cikgu Nazri kerap bawa ke rumah untuk berkenalan dengan mak ayah.

Memandangkan rumah cikgu di seksyen 11 selalu menjadi port untuk budak Hikers lepak dan Kak Zana pun sama minat dengan adventure dan outdoor, maka kerap lagi lah kita meluangkan masa bersama. Seorang yang pandai mengambil hati, seorang yang tegas dengan apa yang dia nak dan semestinya seorang yang amat menyintai suaminya. Kak Zana memnag suka sangat masak. Suka sangat menjamu orang. Salah satu sebabnya Cikgu Nazri tak suka makan luar dan rumah mereka sentiasa aka nada tamu datang. Untung cikgu..

Banyak perkara yang kita kongsi bersama. Kak Zana seakan boleh baca perasaan dan isi hati ku pabila aku punyai masalah. Lagi lagi berkaitan dengan perniagaan. Dialah tempat aku meluahkan rasa sedih dan gusar and tak pernah sekali pun Kak Zana gagal untuk bagi tunjuk ajar macam mana untuk selesaikannya. Bukan senang nak bercerita pada orang tentang susah kita. Hanya yang tertentu sahaja akan faham.

Tahun 2013, setelah melahirkan anaknya yang ke-3 Ahmad Hadeef, kami dapat berita tentang penyakit yang Kak Zana harus hadapinya. Kanser pangkal Rahim. Allah… gugur jantung bila tahu tentang masalahnya. Permintaan Kak Zana ‘jangan bagitau pada orang. Kak Zana tak nak orang bersimpati dengan Kak Zana’.

Maka kami sekeluarga menurut perintah. Pemeriksaan demi pemeriksaan dilakukan. Makin hari makin susut berat badannya. Tapi Kak Zana kuat semangat orangnya. Never fail to put the smile on. Spend a lot of time together sepanjang dia sakit. Untung Kak Zana kerana peroleh kakak (Kak Irene) dan adik (Ano) yang sentiasa ada di sisi untuk luangkan masa bersama.

Disangkakan selepas selesai first chemo dan radiotherapy treatment dia akan pulih sedia kala. Akan tetapi, tidak lama bertahan. Makin sakit dibuatnya. Makin susut dan kurus keadaannya. Makin sedih hati melihatnya. Di saat tu, baru kami perlahan lahan ceritakan pada kawan-kawan yang bertanya tentang keadaan Kak Zana (atas persetujuannya). Alhamdulillah Kak Zana sangat kuat semangat beritahu keadaan sebenarnya pada kawan-kawan yang bertanya.

Dalam keadaan yang amat letih dan lesu Kak Zana ada bagitau yang dia nak balik rumah. Nak siapkan anak-anak dan suami pergi kerja dan sekolah. Cikgu Nazri tunaikan permintaannya. 3 minggu Kak Zana duduk di rumah sebelum masuk semula ke hospital untuk treatment lanjutan. Ramai kawan-kawan datang tengok dia. Bila whatsapp dengan dia bukan main seronok lagi walaupun ada kalanya tak larat dia nak layan borak disebabkan penangan ubatnya.

Kali terakhir aku ziarah Kak Zana adalah beberapa hari sebelum dia ke hospital semula. Itu lah gelak tawa, rancak borak, pelukan dan ciuman terakhir yang aku terima darinya. Sambil peluk dia kata ‘sayang betul dengan adik aku seorang ni’. Aku tinggalkan dia berehat di katilnya dan balik tanpa ada rasa apa apa. Kami selalu berhubung menggunakan whatsapp. Tak cukup whatsapp kami video call.

Kak Zana demam pada minggu yang sepatutnya dia buat treatment lanjutan. Hari Rabu selepas Isyak aku call nak bertanyakan khabar. Suaranya lemah ‘kata hang nak mai tgk kak zana. Tipu’. Aku kata ‘esok la Hana datang ok. Jangan la marah’. Dengan selamba dia kata ‘entah esok hang mai Kak Zana mati dah. Ok lah nak tidoq’.

Khamis lewat pagi Ano (adiknya) whatsapp ‘Kak Zana kritikal. Keluarga semua dah dipanggil ke hospital’. Allah sahaja lah yang tau resahnya perasaan ketika itu. From time to time Ano update tentang Kak Zana. Makin kritikal from time to time. Hati tak tenang, nak tidur pun tak boleh. Jam 2pagi aku, A’sim dan ‘Aafi gegas ke HKL. Shuhid, Ano and Cikgu was there.

Terus ku capai tangan Kak Zana dan bisik ke telinga nya tentang kehadiran ku. ‘Assalamualaikum. Hana ni Kak Zana. Ikut Hana mengucap ye’. Terasa tangan ku di gengeam oleh jari jari nya yang halus. Mulut tak berhenti berdoa untuk Kak Zana. Tangan nya ku urut, mulut lidahnya ku basahkan dengan air zam zam. Disebabkan tidak mampu bacakan Yassin pada nya, ku panggil A’sim masuk dan bacakan Yasin untuk Kak Zana. Selesai A’sim kami berganti pula hingga lah mak mertuanya sampai. Lega tak terkata bila ada orang tua yang lebih tau.

Tika nak pulang ku peluk cium dan bisik padanya ‘I love you. I see you when the times come. Maafkan Hana dan halalkan makan minum pakai Hana. Ikut hana mengucap ye Kak Zana. Assalamualaikum’.

Sekali lagi terasa tangan ku di genggam. Ku cium dahinya. Wanginya…. Allah.. Setelah lebih kurang 2 jam lebih, kami pulang dengan hati yang sangat sedih. ‘Permudahkanlah…’.

Pulang sahaja ke rumah, waktu subuh kami dapat panggilan Kak Zana dah meninggal. Innalillah… Alhamdulillah. She is in a better place. Proses pengebumiannya di Tanah Perkuburan Sekseyn 21 Shah Alam senang dan pantas. Ramai sungguh yang hadir. Untung arwah. Syukur.. Sedih hati kehilangan seorang kakak. Akan tetapi aku redha atas pemergiannya. Impak nya hingga ke hari ini.

Arwah seorang isteri, ibu, anak, kakak, adik, kawan, menantu yang baik. A big lost for me. You will always be in my heart Kak Zana.

Selamat berehat Kak Zana.

Al-Fatihah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s