1 Syawal 2013

Salam Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.

image

Alhamdulillah, tahun ni merupakan tahun ke-6 kami beraya sebagai suami isteri. Dan merupakan tahun ke-6 jugalah aku tak berpagi raya bersama mak ayah. Its fun to grow up. But the sad sight of it is when you gt married, you leave. Mula lah istilah tak cukup korum di pagi raya.

image

Gambar dari nikon dslr screen

image

Sesudah selesai solat aidilfitri

Syurga suami di bawah tapak kaki ibunya dan syurga isteri di bawah tapak kaki suaminya. Suami nak beraya bersama ayah mama nya. Maka aku sebagai isteri yang sentiasa mahukan syurga suami, aku menurut kehendaknya. Aku bersyukur kerana dapat mak ayah yang sangat memahami. Kebiasaannya raya ke-6 atau 7 baru dapat jumpa mak ayah aku.

Tahun ini agak berbeza rayanya.
1) Beraya dengan 2 orang anak.
2) Abah (pak metua) tak berapa sihat tapi masih kuat melayan tamu.
3) Tambahan ipar duai seorang.

Kami balik beraya kali ni naik Malindo Air. Hanya satu jam sahaja perjalanan kami. Tak penat dan tak buang masa langsung.

image

image

Malam raya aku dan ipar masak lontong dan kari ayam dalca. Kalau abah sihat memang dia yang masak malam raya. Tahun ini, kami anak anak ambil alih. Seronok masak sebab sesambil tu Abah ajar. Penat jangan cerita lah.

image

Marketing with style with hubby

Pagi raya aku kenakan purple peplum dress dan tudung hijau. Suami purple dan anak-anak hijau. Beserdehana sangat tahun ini.

Seronok tengok family berkumpul pagi raya. Macam-macam ragam. Sesi bergambar paling aku suka. Hehe.

image

Bersama inlaws di Kedah di pagi raya

image

Mak Ayah Angah di Shah Alam. Rindu nak berpagi raya dengan mereka.

Selamat hari raya!!
Maaf zahir batin..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s