Imigresen dan Aku

Lepas sahur terusan ku bersiap dengan keadaan kepala rasa nak pecah akibat kurang rehat. Terima kasih to who ever invented makeup. Boleh la coverline muka ju yang sememeh di pagi hari tu.

Sharp 715pagi aku sampai di PKNS Shah Alam dan menuju ke tingkat 2 dengan hati berkata ‘its gonna be a productive day today. Beratur and amik nombor giliran. Tak payah susahkan kenalan di dalam’.

Kata-kata itu tadi terus bertukar menjadi bahasa kurang enak apabila melihat barisan yang bapak panjang!

image

Panjang kaaannn????

Siapa dalam barisan tu?
: wakil / majikan kepada pekerja asing.

Tujuan beratur?
: nak ambil nombor giliran

Dari jam berapa kumpulan depan beratur?
: what I heard since 4am

Serious tak kelakar ye kena beratur begini. Tapi demi untuk tidak dilabelkan  sebagai mengada, maka aku teruskan  beratur dengan gigih untuk dapat nombor juga.

Sepanjang dalam barisan tu aku perasan ada beberapa gelagat manusia yang aku nampak.
1) agaknya dia selalu beratur panjang dan berurusan dengan JINS (jbtn imigresen negeri selangor) so dia menjadi announcer dan pak lawak. Sekali gus attention seeker.
2) terus menuju ke kawan2 yang dia kenal atau baru sekali sahaja jumpa dah ajak borak bertanyakan khabar bagai. Sekaligus dia potong que tanpa rasa bersalah.
3) trying to make new friends with people infront or behind. Bila dah mula berborak, mula la merungut dan terusan mengutuk management JINS.
4) cakap kuat kuat dan merungut pun kuat kuat.
5) me and my gadgets. Pedulik dunia luar janji phone atau ipad aku ada.

Sambil beratur akan kedengaran gang announcer kata ‘tinggal lagi 100 number for renewal’. Selang berapa minit sahaja ‘9000 nombor renewal habis. Boleh balik’. Fuh selamber suruh balik!. Maka kedengaran la cacian hamunan dan dengusan mereka yang kecewa tu.

Lagi 5 orang depan aku bila nak sampai ke meja collect number, aku nampak notis di kertas A4 ada atas meja kata nombor dah habis. Semestinya aku pun hangin! Dah ku jangka beratur sejam dan akhirnya nombor pun tak dapat!

Thats it! Enough with the wasting time thingy! Aku nak renew 1 visa tukang masak sahaja. Im and individu, not an agent pun. Dengan berbekalkan muka sedih, aku cari kenalan di dalam dan minta bantuan dia. Alhamdulillah, 5 minit sahaja siap segalanya. Hilang terus marah ku.

From what I heard from one of the agent, if diorg berurusan keesokkan harinya dengan JINS, mereka akan tinggalkan ID mereka di guard bawah jam 4petang. Menjelang jam 11malam datang semula ke guard yang sama dan tengok giliran keberapa kita. So the next day hari berurusan tu, beratur ikut nombor giliran yang guard bagi dan collect new printed number di desk JINS. No wonder la everday 830am nombor dah habis!

I am very sure JINS know about this. And they have their own reason why they do not create a special lane for agents and individuals. As far that I know the agents always out of controls. Well, we are not in their (Imigresen) shoes. Better follow sahaja.

Aku akan berurusan dengan JINS dalam masa 3bullan sekali. Setiap kali datang, hati sentiasa sakit bila berurusan dengan officers di barisan hadapan. Very unfriendly!. Belum habis tanya lagi dia dah bagi jawapan negatif dengan diiringi muka macam tahan berak. Cik kak cik kak, saya tau kalian rimas. But its your darn job to entertain people’s questions and queries.  Dont do that not so nice face. Very rude ok girls!.

But serious, pity for those yang dah berumur or ada anak kecil dan nak berurusan tentang pekerja mereka punya permit. Padahal less than 3 permit aje dia nak buat pun.
Katanya –‘pakcik baru first time ni. Tak ape lah. Esok pakcik cuba lagi’.
Bila di tanya berapa hari dah datang pagi gini? Dengan senyum dia jawab –‘hari ke-3 hari ni’.
Yang ada anak kecil terpaksa pujuk anak supaya tak meragam. Kesian…

Itu lah pengalaman aku dengan Jabatan Imigresen Selangor di PKNS Shah Alam. We shall meet again in November and lets see whats new okey.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s