Pengakhirnya

Hebat kita, kaya kita, susah kita, famous kita, jahat kita, hodoh kita segalanya pengakhirnya ke satu saja destinasi nya.

7kaki dalam, seorang diri dengan hanya ditemani segala amalan sahaja.

Harta, keluarga, kenalan semua tak akan bersama kita.

7 langkah mereka tinggalkan  kita, maka seorang diri la kita dalam gelap gelita dan serangga mula datang menjamah kita yang memang tak boleh buat apa-apa.

Yang ikut hanyalah amalan selama hayat.

Yang terangkan dan luaskan kita kat dalam tu doa doa dari anak anak soleh solehah kita. Yang membantu juga kalau masih ada yang teringat pada kita dan terusan sedekahkan Al-Fatihah. Insyallah.

Belum tiba masa semua berkumpul untuk pengadilan, kita dah di soal macam macam. Kita dah di hentam macam-macam.

Tau dah apa akan di tanya.:
1) Siapa Tuhan mu?
2) Siapa Nabi mu?
3) Apakah agama mu?
4) Siapa imam mu?
5) Siapa saudara mu?
Soalan bocor lama dah. Kira kalau jawab exam ni memang confirm membanggakan!. Tapi nanti yang menjawab bukan tangan, mulut atau akal kita. Amalan kita masa hayat kita.

Kalau amalan cantik maka lega lah kita. Kalau tak cantik, Allahuakhbar..

Aku manusia yang jujurnya tak sempurna. Aku manusia normal ada yang suka, ada yang membenci. Aku terima. Aku bukan alim ulama. Aku bukan malaikat. Yang pasti aku selalu kena ingatkan diri sendiri ‘tua, sakit, mati itu pasti’.

Pernah tanya dengan diri sendiri dah ready ke belum? Diri sendiri tau jawapannya.

Bila-bila masa, dimana sahaja dan bagaimana caranya semuanya dah tertulis. Cubalah sediakan.
Setiap kali mendengar kematian dan melawat pusara, aku mula sedar betapa kerdilnya diri ini. Tak sempurna langsung!.

Aku tak layak utk Firdaus dan sama sekali aku tak nak ke Jahannam. Di mana aku nanti? Di mana suami anak-anak ku nanti? Di mana mak ayah ku nanti? Dimana kenalan2 ku nanti????.

Allah..
Takut nya..
Macam mana pengakhir kita semua agaknya?..
Permudahkanlah..
Allahuakhbar..

Jangan lupa sedekahkan Al-fatihah untuk mereka yang dah tentu memang tau dah pengakhirnya dan jangan lupa sediakan diri kita yang tak tentu lagi macam mana nanti.

image

Al-Fatihah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s