PRU13

Tahniah kepada Perdana Menteri kita Datuk Sri Najib Razak kerana masih lagi kekal sebagai PM Malaysia dan tahniah juga untuk parti Barisan Nasional kerana berjaya menewaskan parti2 lain. Saingan yang hebat kali ini.

Entri ni saya nak cerita tentang pengalaman saya berkaitan dengan PRU13.  Merupakan kali pertama saya mengundi. Berdebar rasanya nak menunggu 5.5.2013. Macam-macam pe’el orang berkempen ni rupanya. Secara tak langsung, saya mula mengenali politik.

Pagi 5.5.2013,  memulakan hari dengan jogging. Lepas sediakan breakfast untuk anak2 dan suami, mak dan angah amik saya ke pusat mengundi kami di SMK Seksyen 7 Shah Alam. Berdebar hati time tu sebab kononya pihak pembangkang tegar akan buat kecoh di pusat pengundian dan takut juga kot ada istilah ‘pengundi hantu’ dimana confirm memasing nak tunjuk hero and gaduh bagai.

image

image

Alhamdulillah tiada adegan kecoh kecoh. Polis jaga ketat area mengundi. Dimulakan dengan daftar nama. Bagi ic and check nama. Terus dapat tau kita saluran (bilik) mana untuk mengundi. Mak 2, saya 5, angah 6. Ramainya pengundi!!! Dah la bateri phone tinggal 11%. Nak main phone pun tak boleh. Maka layan kan aje lah line yang panjang itu. So gambar pun kurang lah di ambil. Ibu yang sedang mengandung dan yang membawa anak kecil, diberi royalty untuk potong line. Good job police!. Sepanjang saya beratur, tiada pun langsung adegan tak syok. Semua ok.

image

image

image

image

Polis yang jaga di pintu bilik mengundi tu suruh saya masuk. Bedebo setiap langkah ku. Di depan ku ada 3 org pegawai SPR dimana task mereka: check nama sambil baca sekuatnya nama dan ic number saya, cross check nama, calit jari dengan ink biru dan bagi kertas undi. Sebelah kanan saya ada 2 orang yang akan terima cross check nama dan ic saya dengan orang di hadapan saya. Di tgh bilik  iaitu di 2biji peti undi ada kakak india sorg berdiri macam guard. Dan ada lagi seorang macam pegawai pemerhati yang memerhatikan semua tingkah laku setiap pengundi.

image

Kertas dah diberi. Jari dah dicalit. Maka pangkaaaaahh. Dengan lafaz bismillah,  saya pangkah pilihan saya demi masa depan anak anak saya. Terus ke peti undi dan masukkan dalam peti itu. Terusan saya keluar dari bilik itu dengan senyuman. Disebabkan mengundi di kawasan sendiri maka jumpa la dengan few familiar faces. Met Kak Syirin. My childhood buddy. Sambil tunggu mak dan angah selesai, saya sembang dulu.

image

image

Bila dah selesai maka balik lah kami ke rumah. Syukur tiada adegan gaduh ke apa. Sementara nak menuggu keputusan keluar sebelah malamnya, terlampau banyak isu SPR menipu macam2 katanya. Dakwat kekal boleh hilang dengan serta merta, pengundi hantu, peti undi di bawa keluar, blackout dan macam2 lagi. Saingan yang amat sengit kali ini. BN menang banyak dengan DAP tetapi sengit kiraannya. Bergaduh sana sini sementara nak menunggu jawapan. Akhirnya, tepat jam 12.20mlm (tak silap), SPR beritahu bahawasanya Barisan Nasional menang pilihan raya ke 13.

Boooomm! Perang di media sosial bermula dan ada yang berbaurkan perkauman. Dan ada juga mereka yang ‘bijak’ meminta bantuan dari President Obama. Saya tak tau la saya nak gelak atau nangis. Haha.

Setiap orang ada pilihan masing2. Undi adalah rahsia… Tak perlu saya bersuara lantang. Rasanya kawan kawan saya dah do their parts. Pesanan ku, bersatulah kalian untuk masa depan generasi akan datang. Dah 3hari berlalu, Datuk Sri Najib pun dah angkat sumpah sebagai PM Malaysia. Lets move on and work hard for living.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s