Corset

Oh no! Saya bukan nak promote ke apa. Just to share my two cent of thought here.

Wanita memang mengutamakan kecantikan menyeluruh. Tak dapat dinafikan. Wanita memang terasa sangat insecure dengan apa yang dia ada. Lagi-lagi kalau melibatkan bentuk badan.

Yang kurus itu cantik dan yang gemuk itu tidak.

Ayat itu dah sangat stereotype.

Kalau nak jadi model atau nak keluar tv mesti kurus baru boleh dapat job tu.

Kenapa lah suka sangat kita membandingkan ye? Cantik luaran hanya sementara. Jangan put the pressure on the ladies. Jangan condem mereka. Stress weih!.

Bila stress mula la wanita mencari alternative untuk nampak kurus dan paling pasti mendapat pujian berbakul-bakul. Banyak cara yang kaum wanita pilih untuk mendapatkan bentuk badan idaman atau bentuk badan super imposed slim world. Antaranya dengan diet, workout, corset dan ada juga ambil ubat kurus yang sememangnya bahaya untuk kesihatan.

Rata-rata kawan-kawan ku memakai corset terutamanya mereka yang bergelar ibu. Tipu la kalau kata badan kaum ibu ni masih bergetah macam anak dara kan! So corsetla penyelamat! Saya panggil corset ‘pasu bunga’. Sebabnya corset merupakan acuan untuk bentuk badan ideal kita. Sekarang ada banyak brand dan setiapnya harga yang berlainan.

Pendapat saya sendiri adalah, beli lah corset semahal mana sekali pun tetapi jika tidak cuba untuk menurunkan berat badan dan membuang lemak-lemak badan tu, maka terusanlah complain tentang bentuk badan yang tak de perubahan tu. You cant depend only on the corset. Pemakanan kena ambil kira dan haruslah workout. Same goes to pengambilan supplement dari bentuk pill, minuman atau makanan. Banyak brand dah sekarang. Ada duit beli. Semua pakai duit je sekarang.

Pesan saya: tak salah nak mempunyai corset atau extra supplement. Tapi jangan la depend 100% pada itu sahaja. Diri sendiri tak boleh malas dari workout. Jangan malas!. Takde masa? Menipu! Baca blog ni ada masa plak! Hihihi…

xoxo,
Si debab yang kuat complain.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s