Marathon newbie.

‘Hush tak nak la join marathon. Nama ‘marathon’ tu pun dah scary’. Tak cuba tak tahu, betul kan? Entry ini khas untuk kawan-kawan yang berasa nak join marathon tapi masih tidak pasti. Apa yang saya tulis ni berdasarkan pengalaman saya. Saya bukan hardcore runner. I run because I love running.

Short brief:

Saya memang sangat synonym dengan perkataan ‘bersukan’. Banyak sukan yang saya ceburi dari kecil lagi. Akan tetapi yang masih melekat dengan saya adalah ‘larian’. Macam tak dapat dipisahkan. Saya stop berlari hanya ketika mengandungkan anak-anak. Ini tidak bermakna sepanjang 9 bulan mengandung saya tak bersukan. Saya buat mildrunnig and slow walk. Just to make sure that I’m fit and healthy. Selesai sahaja berpantang 44hari, saya kembali berlari dan kembali serious dengan race. Cumanya saya tak push myself so hard sebab perempuan harus jaga rahim dan peranakan. Nanti tak pasal-pasal peranakan ku berciciran di persisiran jalan kang. Hahah.. Maka buat sekadar mampu sahaja.

Marathon:

Maksudnya berlari jarak jauh. Kalau zaman sekolah dulu dipanggil ‘merentas desa’. Konsepnya sama sahaja dengan merentas desa. Runners dilepaskan beramai-ramai secara serentak dan balik ke finishing line dengan timing masing-masing.

Soalan lazim beserta dengan jawapan:

… Kena lari all the way 10km ke (kalau amik kategori 10km)?

; ikut pada kemampuan diri masing-masing. Kalau rasa pelari tegar, mmg salute la dapat lari all the way. If not just enjoy the run.

… Menang ke lari tadi?

; Podium tu tidak lah. Tapi janjinya habis! Bila habis, dapat la medal di finishing line. So menjawab la pada soalan yang sebenarnya saya menang race tadi!

… Asal kena bayar pula kalau nak join? Macam mahal aje!

; nothing is free nowadays. Sebelum start larian, runners akan dapat race pack yang paling pasti akan dapat running bib dan baju. Bila habis race akan dapat medal, goodies bag dan cert. Depends pada organizer. Kalau organizer besar maka yuran pun tinggi (berpatutan) dan barang-barang yang kita dapat pun seronok lah. Ada voucher sukan, makanan, minuman dan kalau bernasib baik dapat cabutan bertuah.

… Best ke join marathon ni?

; Best sebab every race ada different experience. Kena cuba sendiri baru tau.

Kebanyakan kawan-kawan saya lari untuk self satisfaction where they always want to beat their personal time. For me, sometimes kalau ada luck  I run to beat my personal time but most of the time saya nak enjoy berlari. Dengan berlari sahaja lah I can have my own quality time with my ownself. Ini version saya. Selain tu suka collect medal-medal yang ada setengah tu unik sangat!

Untuk kali pertama:

My advice, REDAH SAHAJA AND HAVE FUN WHILE RUNNING!. Boleh je google sendiri ‘preparation for marathon’ dan sebagainya. Tapi perasaan takut and excited tu sure membuak-buak kan? Maka redah aja untuk kali yang pertama. From there, observe runner lain punya cara dan mula belajar sendiri kalau nak serious lah atau semi serious macam saya. At least basic bersukan sure masing-masing masih ingat zaman sekolah dulu masa kelas PJ (pendidikan jasmani). Basic maksudnya warm up, makan, minum dan rehat.

Bila berlari tu tolong la DON’T PUSH YOURSELF untuk follow runner runner lain. Buat sekadar mampu pada permulaan. Awak tak akan jadi runner yang terakhir sebab kalau awak toleh ke belakang masa berlari tu, ramai lagi runners yang sedang berlari kat belakang tu. Tak larat lari, jalan je. Kisahnya sekarang ‘janji habis!’

Jangan lah membazir duit beli pakaian baru khas untuk race tu. Bukan apa, takutnya kalau hangat-hangat tahi ayam. Pakai apa yang ada sahaja dulu. Tapi yang paling pasti, kasut mesti mau pakai kasut sukan ye! Bukan kasut pergi shopping.

Bila nak register tu pilih la category yang mampu untuk dihabiskan dan tiada istilah ‘menyesal aku join marathon ni’. Jangan terikut dengan kawan-kawan yang dah selalu join race. Nanti kerja menyumpah je setiap langkah larian tu. Mula dari bawah. Get the feel and enjoy it. Pastu upgrade pelan pelan.

Berlari dengan anak:

Oh ini memang kegemaran saya. Preparation nya lebih pada anak punya keperluan seperti air, biskut, susu, pampers, extra baju, kipas (kalau anak tak tahan panas), rain cover atau plastic sampah untuk elak anak basah kena hujan dan stroller. Pakai je stroller yang dah ada kat rumah tu. Janji anak selesa.

Image

Dengan berlari kita akan jumpa ex-school mate. Bergambar itu wajib!

Image

Stroller kena bawa, baby carrier pun kena bawa. Preparekan semua nya untuk keselesaan mereka.

Image

Beside jumpa kawan-kawan, kita akan kenal dengan kawan-kawan baru juga.

Image

There are many ways to make the run become a FUN RUN. Yang pakai tanjak tu baru je selesai kenduri kawin nya malam sebelum race tu. Pengantin perempuan dengan kebaya songket tunggu di finishing line. Hulu balang pengantin pakai casual. Slow jog. Padahal diorg ni runners tegar!. This shot was taken during Penang Bridge International Marathon 2012.

Image

Shuhid my pet sister. We run together. But she is definitely better than me. Proud of her achievements.

Image

Walk if you dont want to run.

Image

excuse my silly face. Focus on the unique medal! Singapore Safari Run 2013.

Image

Fun run! Berbaju kurung, berkain pelekat, songkok, kopiah, patung, baju superhero. Name it!

Image

Since May 2012-December 2012. Total runs: 8…Total distance: 76km
Bebetul after habis pantang melahirkan my second baby.

Image

Pose la apa lagi! Singapore City Run 2013

Image

Have fun, explore, gain experience. Us at Singapore City Run 2013

Image

Our first international running event as a family together. Singapore Safari Run 2013

Image

My cousin. Arin who is now also active in running. He gave up cycling for running. Awesome!

Image

I can meet my kids favorite cartoon character after completed the run! Snap snap

Image

Zaman sekolah je kan dapat merasa air Milo Lori power ni kan? Tapi kalau join marathon, pasti akan layan air Milo Lori ni dulu. Nak beratur amik airnya memang panjang!

Image

Gambar atas: water station. Lepas minum, campak je paper cup atas jalan. Jangan risau organizer dah placekan volunteer diorg untuk settlekan sampah-sampah itu.
Gambar bawah: moveable toilet. Yes, sila beratur!

“If you want to win a race, run 100meter. But if you want to win an experience and fun, run marathon”

Last time I run to win win and WIN. But today I choose to have fun and gain more experience. So I choose marathon.

2 thoughts on “Marathon newbie.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s