Majlis Tahnik, Cukur Jambul, Umum Nama

 Assalamualaikum.
 Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.” (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi)
Entry kali ini adalah tentang majlis istimewa untuk anak ke-dua kami.  Majlis diadakan secara kecil-kecilan sahaja yang dihadiri oleh jiran-jiran dan teman rapat.
Alhamdulillah pada hari ke-10, kami adakan majlis tahnik, cukur jambul dan  pengumuman nama untuk si kecil ini. 
Ia cukup istimewa kerana Mufti Negeri Selangor sendiri yang berbesar hati untuk menyempurnakan majlis ini. Selain dari Mufti, ada beberapa Imam Masjid Negeri yang lain turut hadir, antaranya Ustaz Karim. 
MasyAllah, rezeki anak. Dikelilingi oleh alim ulama’.
Tahnik: 
Lebih dikenali dengan ‘belah mulut’. Merupakan perkara yang sangat dituntut. Kaum bapa sangat elok melakukan perkara ini selepas mengazankan pada telinga bayi yang baru dilahirkan. Calitkan dijari telunjuk campuran air zam-zam, kurma dan madu ke dalam mulut anak dan anak akan sedut manisan tersebut.. A’sim telah lakukan bahagiannya ketika di dalam labor room. 
Kini selepas 10 hari, Mufti Selangor melakukannya pula. Seeloknya biarlah para alim ulama’ yang menyempurnakan hal ini selepas bapa sendiri yang melakukannya. Barangsiapa yang melakukannya, maka baginya pahala, sebaliknya barangsiapa yang tidak melakukannya, ia tidak berdosa. Ia seperti juga hukum akikah, ia adalah sunah bukan wajib. Tujuan tahnik mengikut ulama adalah melatih bayi untuk makan dan menguatkannya. (Ibn Hajar, Fath al-Bari 15/390).
Cukur Jambul:
Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai emas dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin. Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat. Pada siangnya, tetamu semua berpeluang menggunting rambut dan mendoakan untuk anak kami. Setelah majlis selesai, baru lah rambut baby dicukur botak dengan menggunakan shaver for ladies dan air.

Pengumuman nama: 
Selain daripada kami mengikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w, sebenarnya kami masih tidak decide nama yang paling sesuai untuk anak hinggalah Atoknya berjumpa dengan mufti dan bertanyakan pendapat. 
Kata mufti ‘seelok-elok nama seseorang anak itu datangnya dari asmaulhusna ataupun nama para nabi’.
Mohammad ‘Aafi b. Mohammad A’sim 
(pemaaf)
Mufti sedang melakukan tahnik
Air zam-zam & campuran kurma+madu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s