Super day!

Hari ini terasa macam panjang sangat harinya. Tak cukup cukup tangan nak selesaikan semua hal. Daripada pagi sampai la ke lewat malam ini. Begini ceritanya wahai peminat ku.

Metrojaya Warehouse Sale
Semalam dah pegi tapi tak boleh berfikiran waras sebab semua benda nak beli dan kepala tengah serabut nak presentation. Tu yang ini hari repeat. Awal sungguh kami bangun. Pukul 11 dah sampai di parking lot Stadium Melawati Shah Alam. Punya la semangat masing masing. Mana tak nya, ayah mak pun join sekali. The best part is A’sim amik cuti half day (masuk keje lambat)(tapi at the end of the day amik cuti 1 hari terus). Masuk je dalam stadium masing masing hilang entah kemana. Ini hari banyak gila kami shopping. Beli towels, kasut (murah!), handbag, baju, seluar kerja, perkakas dapur semua kami borong. Kami 4 orang je beli barang sampai 6 carrier bag (macam kat ikea tu). Sakan tak agak agak kami shopping. Alhamdulillah rezeki ada, beli la. =)

urusan dengan bank
Sampai bila bila pun issue dengan bank tak akan selesai. Ini hari HI bayar semua hutang piutang dengan bank. Lega rasanya. Alhamdulillah. Tu yang boleh shopping sakan tu. Tapi agak kesal dengan sesetengah bank yang gagal sediakan parking space yang sesuai untuk female driver. Patutnya kena ada parking khas untuk female driver baru la selamat.

Service kolam
Hahah! bukan HI yang servis kolam rumah. Tapi staff A’sim. Lega tengok rumah agak terurus sikit walaupun part dapur (bahagian ku) agak terkantoi pulak.

Bread butter pudding
Tomorrow hari nikah my childhood friend. So tadi HI call her and ask if she want anything. She said nak bread pudding. What?!?! 6pm baru betau nak bread pudding. Terkejar kejar HI pergi kedai beli bahan. Sedang tunggu turn nk bayar, ternampak ada ulat dalam roti gardenia orang depan. Rupanya dah habis tempoh. Terus ‘ane’ kedai tu tolak tepi all the roti. Bila balik rumah mak pun tengah sakan masak untuk tetamu datang for dinner. A’mmar duduk sama di dapur. Comel sangat A’mmar dah pandai respon bila kite tanye ‘mana Mohammad A’mmar angkat tangan’. He actually did raise up his hand. Geraaammm!!..hihi

Kena tegur
Sambil tunggu bread pudding masak, HI online sekejap buat assignment. Sambil buat assignment kawan HI online la kat YM. Dia tegur HI suruh stopkan perang dengan sipolan di FB. Cara kawan HI tegur HI boleh accept sebab niatnya baik. Tapi yang HI kelirunya kenapa pulak HI yang dikatakan sama sama memanjangkan masalah dengan sipolan, padahal sipolan sudah delete HI dan seluruh kaum keluarga ku dari friends list nya. Seriously HI tak faham sape sekarang yang tak reti nak move on and berterusan nak tuduh orang bukan bukan. Kesian~. HI dah lama tak dengar pasal sipolan ni until la kawan HI tadi tegur HI. Well my dear, you know whats the best for you. =)

Assignment
HI ada lagi 1 report nak kena hantar and 2 lagi presentation nak kene present Isnin depan. Penat memang penat. Tapi ni la reality. dengan belajarnya, business nya, anak nya. Sometimes i wish to have a super duper unbusy and relaxing life. Tapi tak leh la nak mengeluh sebab kat luar sana ada ramai lagi yang susah dari kita.

Good news!
Jangan panic!, bukan HI pregnant! Tapi A’sim insyAllah dinaikan pangkat. Alhamdulillah. Tak henti henti rezeki Allah Taala curahkan kepada kami. Harap kami tak lupa diri saja nanti. Nauzubillah.

A’sim and A’mmar dah tergolek tido dah. HI stop di sini and nak balik Platinum. Good day peminat ku.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s