Biar sakit dulu dari sakit sekarang

This few days kerja ku menonton cerita Nur Kasih. Banyak cerita ni mengajar ku tentang hal rumah tangga. Walaupun tak sama ceritanya dengan kisah kami suami isteri, tapi message2 yang disampaikan itu sangat berguna. Selalu ku update pada status facebook ku, ramai ingat ku dalam dilema. walhal niatku nak kongsi dengan yang lain.

Masih ku ingat kejadian sewaktu zaman kami bercinta. Macam2 dugaan yang kami terima dan Alhamdulillah semuanya dapat di atasi. Teringat dulu A’sim suka sangat provoke ku dan buat diri ku rasa sangat marah dan ada kala tahap tak boleh tahan, rupanya A’sim sediakan diriku untuk hari ini.

Hati ku ini keras. Susah untuk terima kenyataan. Tapi apabila A’sim melayan ku dengan cara sebegitu dahulu, rupanya niatnya untuk bagi aku pada hari ini menjadi seorang isteri yang faham akan tindakan suami. Semua itu ujian rupanya. A’sim seorang yang penyabar, jujur, penyanyang, sentiasa di sisi dan paling penting tidak pernah sekali pun tidak mendengar rintihan hatiku tentang apa apa sahaja. Sentiasa dia di sisi membimbing ku.

Isteri ibarat baju untuk si suami. Buruknya perangai si isteri maka malu lah si suami di mata masyarakat. Sentiasa ku ingat pesanan ini. Nur Kasih memang satu cerita yang bagus. Teruja diriku dengan arahan Khabir Bakhtiar ni.

2 thoughts on “Biar sakit dulu dari sakit sekarang

Leave a comment